Saturday, March 1, 2008

H.I.D.U.P


KEHIDUPAN...Seringkali kita bergelumang dengan rencah dan rempah ratusnya yang sukar untuk dijangka.. Kadangkala kita rasa..''alangkah bagusnya jika kehidupanku tidak begini, mengapa tidak begini..?'' Emmm.... Walau pun kita mengeluh, seandainya itulah takdir kehidupan kita, tiada gunanya juga.. Terimalah seadanya dan cuba hayati kehidupan itu..


Teringat aku bait-bait ini, " Wahai jiwa-jiwa yang tenang, jangan sekali-kali kamu mencuba menjadi tuhan dengan mengadili dan menghakimi, bahwasanya kamu memang tak punyai daya dan upaya serta kekuatan untuk menentukan kebenaran yang sejati...''


Aku juga manusia biasa.. tak pernah lari dari masalah.. Pernah juga aku merasakan kehidupan aku kosong dan aku ingin lari dari segala-galanya..Pernah juga terfikir, jika kesudahannya begitu, tak ingin aku memulakan sesuatu itu... Tapi, tak baik menyesali yang telah berlaku itu.. Semuanya itu adalah takdir hidupku.. Ayah aku pernah cakap, sebagai manusia, kita memang tak lepas daripada pelbagai ujian. Tapi, jangan sesekali kita lari daripada menghadapinya..


bagi aku idup perlu ada ilmu.. Jika tidak, tak gunalah juga segala kemewahan hidup yang dilambakkan pada kita jika kita tak tahu bagaimana untuk menguruskannya dengan baik..


No comments: